.
Blog ini mengajak anda menjengah seketika mengimbau kenangan pahit dan manis antara kita di masa lalu. Layarilah blog ini ketikamana anda teringat - ingat akan zaman persekolah dan zaman remaja ...semoga anda dapat mengimbau kembali zaman indah ...dan mengasyikkan..

Alor Setar sekitar era 80-an dan 90an part 2

Salam 

Baru -baru ni aku ada ke Kota Bharu . Wah memang berubah sungguh dah maju dah sekarang ni.
Tapi yang peliknya macammana kat dalam tv selalu cakap yang kelantan tak maju...?Ahh pedulikkan tv tu
dia orang sakit hati tu sebab Kelantan masih di bawah pembangkang...

Sebenarnya, bukan aku nak cerita pasai Kelantan ..tapi nak bagitau korang yang Aloq Setaq juga berubah
tapi tak sehebat Kota Bharu..Disini aku nak kongsi gambar dengan korang untuk kita sama -sama mengulit
kenangan zaman era 90an di Aloq Setaq.

Pekan Rabu 
Masih terbayang masa malam raya bertapa meriahnya kat jalan ni..
anak-anak muda melepak kat atas pagar divider sambil bermain mercun.


 Setar Walk
bangunan city plaza baru buat kat belakang 
teringat masa dulu aku selalu turun bas kat sini la..S.P.U

umbc bank

panggung Empire


RANCANGAN TV ERA 80AN DAN 90AN

Salam

Seketika aku bersendirian, sambil mendengar lagu lama dendangan kumpulan TERAS (ku kehilangan diana)
teringat pula aku zaman dimana ,aku bersekolah rendah dahulu .Pada masa itu boleh dikatakan rancangan tv
jepun memang kegemaran aku la...setiap petang kalau balik dari sekolah ja..memang tak pernah ketinggalan punya ..antaranya GABAN,MOERO ATTACK,dan banyak lagilah....



Oshin
kalau drama melayu dulu terkenal dengan Opah ,kalau drama alihbahasa jepun pulak terkenal dengan Oshin
Aku kalau kedua-dua drama ni memang tak pernah miss punya .MEMANG best drama ni ,bukan macam drama sekarang ni asyik-asyik cintan -cintun aja.


Moero Attack.
Ada sesapa masih ingat dengan teknik ni? “Piring terbang!!” “Sommersoult berpusing”. Memang best laa cerita ni.Sampai lagu dia pun orang ingat. Entah berapa kali agaknya aku cuba buat piring terbang tapi tak jadi-jadi. Nama heroinnya Chun dan boleh tahan cun jugaklaa. Disiarkan setiap petang time hari persekolahan. Memang kalau boleh taknak miss tengok citer ni tapi bila dah bersekolah tak boleh buat apa jugaklaa.. Time-time tu macam kemaruk jee nak main bola tampar.Ceh!


 Gaban
Gaban ni bukan spesis hantu raya macam Ultraman. Jadi dia tak memperturunkan kuasa menjadi Gaban tu kat orang lain. Lagipun letih jadi Gaban ni sebab asik nak kena masuk dalam ruang angkasa setan jee kan. Mujur ada pedang Laser Gaban Z potong dua. Kalu pikir-pikir balik apsal dia tak guna masa awal-awal lawan musuh yekk.. mesti ikut timing huhu.. Walau camanepun kalau dulu-dulu tengok cam best jek. Aku ikut juga senaman yang dia buat tu (yang selalu dia buat sebelum jadi Gaban dalam 0.05 saat tuu..)tapi taklak jadi Gaban. Jadi sawan adala.. huh 


Kesatria Baja Hitam
Ahah! ini memang aku minat sangat sampai sanggup ponteng sekolah agama.. burukkan? Tapi itulah penangan Kesatria Baja Hitam dengan tendangan padu mautnya. Aku masih tak lupa motor belalang tempur yang dia pakai tuh. Masa citer ni masuk TV, Gaban pun disiarkan semula. Tapi macam dah tak best tengok gaban masa tuh. Kalau sekarang pun tengok cerita ni, aku masih boleh layan lagi.. heh.


 



Kickers
Ini pulak cerita pasal main bola sepak. Skill diorang janganlaa ikut.. memang dasyat gile tut..! Watak utamanya Takeru. Yang paling takleh tahan bila gol keeper duk kat atas tiang gol dan pihak lawan dok berputar-putar kat udara. Kira citer ni bagi semangat jugaklaa kat team bola sepak sekolah walaupun kita tak mampu nak buat skill diorang semua tuh. Teringin nak tengok balik cerita ni.


Flashman
Haaa...ini pun cerita yang pasti aku tunggu kat depan tv ,jangan sapa-sapa pandai nak tukar siaran lain pulak
tapi yang pasti aku suka lagu intro dia tu....
 

VISA





 






ahhh...pc ku rosakkk....

salam
rasanya dah lama aku tak update blog ni.walaupun aku tidak kemana -mana dan aku masih disini,tapi pc ku memang buat hal lagi .nak repair sendiri?aku makin tiada masa kini.nak hantar ke kedai? memang wang tidak mencukupi.nak beli yang baru?...ahhh jauh sekali .lantas aku menyepikan diri,entah bila dapat muncul kembali.

Terdapat ralat dalam alat ini