.
Blog ini mengajak anda menjengah seketika mengimbau kenangan pahit dan manis antara kita di masa lalu. Layarilah blog ini ketikamana anda teringat - ingat akan zaman persekolah dan zaman remaja ...semoga anda dapat mengimbau kembali zaman indah ...dan mengasyikkan..

Honda Raider :Retro Jalanan

  

Semalam semasa pulang dari kerja terserempak pulak kat traffic light dengan sebuah Honda Raider ,maka ingatan pun kembali kepada zaman silam masa persekolahan dulu...Honda Raider merupakan motor yang agak top pada masa tu.

Pada masa tu mat motor kalau naik Honda Raider ...puuuhhh memang awek ramai la...boleh kata tiap-tiap hari ada saja yang bertenggek kat belakang.Aku sempat juga merasa naik Honda Raider ni...tu pun pinjam kawan punya .First time aku tengok yang ada full fairing punya ,masa tu RXZ belum kaluar lagi .

Tapi sekarang ni memang payah nak nampak kat jalanraya .itulah Retro namanya ,banyak lagi yang seangkatan dengannya seperti MBX ,RD,RG ...dan banyak lagilah ,aku pun dah lupa tahun berapa Honda Raider ni keluar.

PERMAINAN BUDAK ERA 80AN DAN 90AN

Sebelum mata aku rasa ngantuk ,ingin rasanya aku mengingatkan korang tentang beberapa permainan kanak-kanak era 80an dan 90an.kanak-kanak dedulu ni bukan macam kekanak sekarang ,kita orang dedulu ni tak main ps ,tak kenai lagi komputer,mana ada FB masa tu.....yang ada pun cuma game bodo saja..berikut aku senaraikan beberapa permainan yang agak femes dulu ...

Tuju Tin


Permainan ni lah paling aku suka sekali.Tiap petang lepas asar ja terus kumpul kawan ramai-ramai main tuju tin.Selalunya kami guna bola tenis tapi kekadang tu selipar pun boleh juga.Memang syok la waktu tu.............
Bebudak sekarang aku rasa memang tak pernah main kut?tak pernah nampak pun dia orang main .

Cakplom


Benda ni di perbuat dari buluh dan pelurunya dari kertas suratkhabar yang telah dibasahkan.Memang sakit gila kalau kena tembak ngan menatang ni.Aku masih ingat lagi masa aku darjah lima dulu , masa tu ada kelas malam kat sekolah .Benda alah ni la yang aku dan kawan aku bawa ke sekolah......sekali tengah main tertembak kat muka cikgu .....hahaha...apalagi tak pasai kena rotan .

Senapang Kayu


Bebudak laki memang suka main perang -perang ni,bebudak pompuan tak suka joint permainan ni takut kena tembak.Selalunya peluru dia kami ambil pokok bemban,sekarang mana nak cari pokok bemban ...aku dah tak nampak dah...mungkin dah pupus kot?

Zero Point


Permainan ni ialah permainan bebudak pompuan,tapi kadang -kadang aku pun tumpang gak .Aku saja nak kacau bebudak pompuan ....dah memang lumrah lelaki kan suka kacau pompuan.

Jengket- Jengket


Aku pun dah lupa nak main macammana benda ni.tapi rasanya permainan ni mungkin dah pupus dah kut sekarang ni.Sebenarnya banyak lagi permainan yang bebudak sekarang tak tahu .Korang cuba fikir bebudak sekarang apa yang mereka main waktu lapang..?Tak lain hanyalah PS,Bebudak sekarang  dah tak kreatif .






P/S : Indahnya bila kita kenang waktu kita kanak-kanak dulu.ada permainan aci sembunyi,polis sentri dan          banyak lagilah korang ingatlah sendiri.....