.
Blog ini mengajak anda menjengah seketika mengimbau kenangan pahit dan manis antara kita di masa lalu. Layarilah blog ini ketikamana anda teringat - ingat akan zaman persekolah dan zaman remaja ...semoga anda dapat mengimbau kembali zaman indah ...dan mengasyikkan..

Pasukan Kedah Era 90an

Korang ingat tak lagi Olobunmi Adigun? haa...mesti ingat kan ...beliau menyertai pasukan Kedah bersama 
rakannya Peter Nieketien .Mereka ni memang berbisa masa tu ..kalau tak silap aku jurulatih pasukan Kedah masa tu Robert Albert...

Pasukan ni berjaya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1992 ,lepas tu naib juara pada 1993.
Apa yang aku ingat pada masa ni Radhi Mat Din  dan  Norazam Ishak memang hebat ...aku pada masa tu memang tak lepas peluang ke stadium setiap kali ada perlawanan.

Selepas tu era kegemilangan pasukan Kedah mula merudum dek kerana isu -isu yang tak dapat kita lupakan iaitu rasuah...kemudian di  sempurnakan dengan baik pula oleh coach kesayangan kita Azrai Khor  sehinggakan berjaya membawa kedah menjadi juara Double Treble

PULUN KEDAH PULUN 





sumber dari http://faisal59.blogspot.com/2010_11_01_archive.html