.
Blog ini mengajak anda menjengah seketika mengimbau kenangan pahit dan manis antara kita di masa lalu. Layarilah blog ini ketikamana anda teringat - ingat akan zaman persekolah dan zaman remaja ...semoga anda dapat mengimbau kembali zaman indah ...dan mengasyikkan..

Kenangan Dulu-Dulu-Handphone

Jam menunjukkan pukul 3 pagi,namun mataku masih belum mengantuk lagi,fikiranku melayang jauh mengenangkan pada saat-saat permulaan aku memiliki sebuah handphone.Masih ingat lagi aku ketika aku mengikat perutku hanya kerna sebuah handphone...

Korang tentu masih ingat lagi macammana rupa handphone pada era 90an dulu kan?kalau kata nak baling kat anjing pun sure..mampuih anjing tu.memang besar gila ...

Aku masih ingat lagi dulu-dulu masa kami selalu lepak kat kedai Sukiyaki kat perumahan awam mergong(sekarang Taman Wira),kawan -kawan aku yang yang agak berada sikit la...nama dia Lie Said, Art Boroi dan sorang lagi entah aku lupa pulak sapa ...dia orang guna  handphone jnis ni la

  Handphone model lama,
  Masa tu belagak sakan la diaorang
  maklumlah orang lain masih tak mampu
  lagi nak pakai.







Tapi memang pantas masa berlalu maka keluarlah handphone yang aku mampu miliki,iaitu handphone jenis Motorola.Harga lebih kurang Rm400 saja.Masa tu aku guna line 018,sekarang ni tak tau la ..ada ke tidak line ni.korang ingat tak masa tu kita ,kalau ada handphone  pasti menayang kat aweks punya betul tak?masa tu boleh la kita belagak sikit tapi sekarang ni orang dah tak kisah dah...bebudak sekolah rendah pun dah pakai handphone canggih ....Samsung ..Iphone dan yang canggih manggih la.

Masa dulu-dulu aku selalu tertanya -tanya bolehkah nada dering handphone ni di buat mp3 ?rupa-rupanya sekarang apa pun tak boleh, macam-macam ada....siap ada FB lagi.

Nokia 3310 adalah handphone paling popular yang pernah dikeluarkan oleh Nokia sekitar tahun 1999…..Seingat aku handphone ni paling popular kat bebudak university.Harga ada la lebih kurang Rm800.
Aku masa tu dah kerja dah ..so dapat lah aku membelinya..syok gilaaa..masa tu.























Antara handphone yang pernah aku pakai.Tapi dalam bebanyak ni Ngage la yang sempoi sekali.Asyik layan game sampai kerja pun tak buat ...haduuii sampai selalu kena marah dengan BOSS.Tapi sekarang handphone aku taklah secanggih mana cuma...N78 saja...dah maleh nak layan.

 


Sekolah Kebangsaan Mergong Dulu-Dulu

Kali ni aku nak cerita pada korang tentang sekolah yang pernah aku belajar dulu.Apabila kita teringat tentang zaman persekolahan kita dulu memang best kan,terbayang lah satu persatu cikgu yang kita paling benci...atau cikgu yang paling kita suka.....

Entah di mana lah kawan -kawan aku masa sekolah kebangsaan dulu ,Dah kerja apa mereka sekarang ye?
teringat lagi nama seperti Mat Totiaq, Ibrahim ,Pak Tam dll.Pak Tam dah jadi cikgu sekarang ni sementara Asri Arshad dok berniaga kat Raden (dulu tempat tu orang panggil Raden tapi sekarang ni tapak pasar malam mergong)

Cikgu paling aku takut pastinya cikgu Mat botak...memang botak kepala dia...,ingat lagi pelajaran paling aku suka ialah jasmani ,masa tu cikgu Mat Khir ...aku masa tu kelas 5 hijau .

lencana sek. keb.mergong 

Gambar masa aku sekolah dulu



kat tempat ni..la selalu kami main kejar -kejar


sumber gambar dari 1)http://ilhamimtiyaz.blogspot.com/2009_05_01_archive.html
2)http://skmksk.zoom-a.com/sejarah.html

Pasukan Kedah Era 90an

Korang ingat tak lagi Olobunmi Adigun? haa...mesti ingat kan ...beliau menyertai pasukan Kedah bersama 
rakannya Peter Nieketien .Mereka ni memang berbisa masa tu ..kalau tak silap aku jurulatih pasukan Kedah masa tu Robert Albert...

Pasukan ni berjaya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1992 ,lepas tu naib juara pada 1993.
Apa yang aku ingat pada masa ni Radhi Mat Din  dan  Norazam Ishak memang hebat ...aku pada masa tu memang tak lepas peluang ke stadium setiap kali ada perlawanan.

Selepas tu era kegemilangan pasukan Kedah mula merudum dek kerana isu -isu yang tak dapat kita lupakan iaitu rasuah...kemudian di  sempurnakan dengan baik pula oleh coach kesayangan kita Azrai Khor  sehinggakan berjaya membawa kedah menjadi juara Double Treble

PULUN KEDAH PULUN 





sumber dari http://faisal59.blogspot.com/2010_11_01_archive.html                            


Alor Setar -Sekitar Era 80-an part 1

Pada lewat era 80an dan awal  90an aku boleh dikatakan kerap berulang -alik ke sekolah menaiki bas .
Haa..kat mana lagi tempat menunggu bas yang femes kat pekan aloq setaq ni?selain Pekan Rabu dah tentulah 
SPU .Apa makna spu tu aku tak tau...tapi memang femes la tempat tu....

Tapi sekarang ni dah tak dak dah bas lalu ikut sini ...nama spu pun dak tak kedengaran lagi....bas semua berhenti dekat pekan rabu saja...Tapi sayang gambar SPU tak jumpa aku cari ....yang ada hanyalah gambar 
Dewan  Dato Syed Omar ..itu pun kira ok lah...kenangan juga tu  ...mana ada lagi dah bangunan tu la ni.....


Yang kat bawah ni pula gambar city point ..sekarang dah jadi Holiday Villa dah....aduss..memori sungguh bila teringat dulu-dulu 




sumber gambar dari....Gambaq lama Aloq Setaq

Terdapat ralat dalam alat ini