.
Blog ini mengajak anda menjengah seketika mengimbau kenangan pahit dan manis antara kita di masa lalu. Layarilah blog ini ketikamana anda teringat - ingat akan zaman persekolah dan zaman remaja ...semoga anda dapat mengimbau kembali zaman indah ...dan mengasyikkan..

MENGAPA AKU TAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE ?

Mengapa aku tak berjaya dalam dalam bisnes online? itulah yang bermain dalam benakku walaupun aku
sebenarnya tahu sebab dan musababnya.Bukan senang kita nak berjaya dalam perniagaan internet ni.
Sedangkan yang cerdik pandai dalam selok belok komputer pun belum tentu boleh berjaya dalam perniagaan ni. inikan pula aku yang baru setahun jagung berjinak-jinak dalam dunia  internet.

Walaubagaimanapun aku menyimpan hasrat agar suatu hari aku berjaya dalam bisnes online ni.Bukan aku tak berusaha ....kadang-kadang sampai naik pening kepala aku memikirkan bagaimana cara nak buat posting,
bagaimana cara aku nak iklankan blog aku ni? dan barang apa aku nak jual di sini ?

AFFILIATE?

Aku dah cuba cara ni tapi kurang berkesan .Bukan program ni tidak bagus tapi aku yang tidak pandai mempromosikan barangan yang hendak di jual. Itulah kelemahan yang aku miliki...bayangkanlah dalam kesibukan aku bekerja seharian mana aku ada masa nak mempelajari selok-belok perniagaan internet.
walaupun aku memerlukan wang tambahan dalam keperluan harianku...tapi aku terpaksa terima seadanya..

SEBAB-SEBAB AKU TIDAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE

1 )  kekurangan ilmu mengenai internet
2 )  masa amat terhad untuk mengadap komputer
3 )  kurang pengetahuan dalam bahasa inggeris 
4 )  saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan

ANTARA BISNES ONLINE YANG AKU PERNAH CEBURI .

1 BUXTO
2 EBAY
3 PAYDOTCOM
4 PEPPERJAM
5 MUDAH (hanya 2 buah kereta yang aku mampu jual setakat ini)
6 ALIBABA 
7 DAN BANYAK LAGI .(dah lupa dah)


0 ulasan: