Semalam semasa pulang dari kerja terserempak pulak kat traffic light dengan sebuah Honda Raider ,maka ingatan pun kembali kepada zaman silam masa persekolahan dulu...Honda Raider merupakan motor yang agak top pada masa tu.
Pada masa tu mat motor kalau naik Honda Raider ...puuuhhh memang awek ramai la...boleh kata tiap-tiap hari ada saja yang bertenggek kat belakang.Aku sempat juga merasa naik Honda Raider ni...tu pun pinjam kawan punya .First time aku tengok yang ada full fairing punya ,masa tu RXZ belum kaluar lagi .
Tapi sekarang ni memang payah nak nampak kat jalanraya .itulah Retro namanya ,banyak lagi yang seangkatan dengannya seperti MBX ,RD,RG ...dan banyak lagilah ,aku pun dah lupa tahun berapa Honda Raider ni keluar.
0 ulasan:
Catat Ulasan